SIMPOSIUM KEBANGSAAN SAINS MATEMATIK KE-25

SAINS MATEMATIK TERAS KECEMERLANGAN INTELEKTUAL

27 - 29 OGOS 2017, HOTEL MS GARDEN, KUANTAN, PAHANG

Simposium Kebangsaan Sains Matematik merupakan program tahunan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) dengan kerjasama Universiti Awam di Malaysia. Sains Matematik memainkan peranan yang penting dalam memacu pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara kerana aplikasinya yang meluas dalam pelbagai bidang. Dalam usaha untuk mencapai taraf negara berpendapatan tinggi serta merealisasikan Wawasan 2020, usaha kearah memantapkan bidang Sains Matematik amat penting sama ada dalam pendidikan sekolah, institusi pengajian tinggi dan industri. Ini memerlukan ideā€“ide inovatif daripada ahli akademik, saintis, penyelidik dan pakar-pakar di seluruh negara yang terlibat dengan Sains Matematik. UiTM Cawangan Pahang berbesar hati untuk meneruskan kecemerlangan Sains Matematik di negara ini dengan penganjuran SKSM25 yang bakal menghimpunkan ahli Sains Matematik daripada pelbagai disiplin.