Ucaptama

PENGUCAPTAMA 1

PROF. EMERITUS DATO’ DR. HASSAN SAID
Naib Canselor, Universiti Teknologi MARA

Industri 4.0: Peranan dan Peluang Sains Matematik

Industri 4.0 merupakan manifestasi sistem, proses, operasi dan pengeluaran yang berasaskan kepada teknologi, khususnya teknologi internet (IoT), kecerdasan buatan (AI), robotik dan bidang lain, yang akhirnya akan memberi kesan kepada pengurangan penggunaan sumber tenaga manusia. Revolusi industri 4.0 ini akan mempercepatkan lagi output, lebih efisen, menjimatkan kos dan konsisten. Matematik akan menjadi teras kepada perkembangan revolusi ini. Kertas ini akan meneliti isu-isu yang berkaitan dan peluang untuk ahli Sains Matematik  terlibat dengan secara langsung dalam  revolusi industri 4.0, serta beberapa initiatif penjanaan ilmu Sains Matematik bagi memperkasakan industri ini.

 

PENGUCAPTAMA 2

Prof. Dr. Abdul Razak Hamdan
Universiti Kebangsaaan Malaysia

SAINS DATA : FIKIR SAMPAI ZIKIR

Sains data adalah antara bidang ilmu baru yang kerjaya ahli sains data sangat dikehendaki di dunia hari ini. Bidang sains data memerlukan kita berfikir iaitu membuat analitik perihalan, analitik diagnostik, analitik ramalan, dan analitik preskriptif. Kita dicabar Allah untuk berfikir atau menggunakan akal  antaranya افلاتعقلون (Maka tidakkah kamu berfikir).  Terdapat pula lebih kurang 27 ayat AlQuran yang mengandungi perkataan ”hujan” atau seumpamanya. Antaranya “Dia lah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak makan padanya. Dia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman dan pokok zaiton dan tamar serta anggur dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir” (An-Nahl 16:10-11). Hujung akal pangkal Agama (Hamka). Pangkal agama adalah zikir. Syarahan ini akan memerihalkan teknik sains data termasuk asas sains matematik yang diaplikasi pada data curahan hujan 10  stesen di Lembah langat untuk kita fikir sampai zikir.

 

Comments are closed